Tuesday, March 10, 2009

ini video hadi awang



Terima kasih

Tuesday, November 18, 2008

Penipu - Cakra Alam

Di Malaysia ini, orangnya sangat baik dan mudah ditipu. Untuk ditipu ini mereka sanggup membayar sebanyak saja wang. 

Seperti yang kita tahu, setakat ini sudah berapa ramai yang dah tertipu dengan skim-skim cepat kaya dan ini termasuklah MLM (Multi-Level Marketing) yang bagi penulis juga satu skim penipuan berlesen. Jika kita ambil dalam 100 orang tentu 90 orang dari situ sudah tertipu atau kehilangan duit yang dilaburkan.

Tapi tak mengapa, orang Malaysia orang yang baik. Suka menderma dengan cara membiarkan diri sendiri ditipu oleh orang. 

Selain dari itu, kita juga boleh tengok orang menipu dengan mengadakan kursus-kursus. Kursus bela itu bela ini, tapi orang yang mengajar sendiri tak tahu nak pasarkan benda yang dibela itu di mana. Akhirnya tukang buat kursus itu yang kaya dengan dengan yuran kursus dan juga duit jual benih. 

Tapi tak mengapa, orang Malaysia orang yang baik. Suka menderma dengan cara membiarkan diri sendiri ditipu oleh orang. 

Penipuan yang paling mudah adalah penipuan melalui bidang perubatan. Dalam bidang perubatan, bila kita pergi jumpa seorang bomoh untuk berubat, kita bayar dia RM 100. Kalau tak sembuh, kita sendiri beri alasan pada diri sendiri, "bomoh ini mungkin tak rasi bagi aku". So cari la bomoh lain pula. Kena tipu lagi.

Bagi bomoh-bomoh ini pula, senang saja. Tunjuk satu dua trick magic skit, terus orang percaya. "Apa saja aku sanggup bagi". Ini kalau bomoh yang tahu trick magic, kalau bomoh yang taktau trick magic lagi mudah caranya. Dia ambil air biasa satu mangkuk, dia celup tangan dia dalam air, kemudiannya sapu air tu kat dahi dan tekak kita. Pastu dia akan tanya kita "rasa sejuk sikit tak sekarang ". Kita pun dengan mata terbeliak "sejuk gak ustad". 

Memang la sejuk bro, takyah dia letak... ko suruh pak guard bangla letak air camtu pun rasa sejuk gak. 

Tapi tak mengapa, orang Malaysia orang yang baik. Suka menderma dengan cara membiarkan diri sendiri ditipu oleh orang. 

Kalinie kita tengok video penipuan "Prof. Sir Ustaz Arief" dari Cakra Alam ini. (Tahun bila dia dapat Sir pun kita tak tahu). 

Video ini dalam bahasa Korea, walaupun tak faham kita boleh faham macam mana orang ditipu oleh mamat ni. Selain itu, sila juga tengok website mamat nie kat http://www.cakraalam.com

Jangan lupa, tengok juga gallery gambar dia yang ada 'kad-kad pembesar negara' dan keratan-keratan akhbar. Moga-moga kita lebih berhati-hati dengan scam macam ini di masa depan. 

Tapi tak mengapa, orang Malaysia orang yang baik. Suka menderma dengan cara membiarkan diri sendiri ditipu oleh orang. 






Saturday, May 24, 2008

Kursus Memborong di China 2008

Kursus Memborong di China 2008


Tarikh Seterusnya

1 Jun 2008 (PENUH)

8hb Jun 2008 (masih dibuka untuk pendaftaran)

15hb Jun 2008
(masih dibuka untuk pendaftaran)

Sila Hubungi 017 2517515 atau email untuk membuat tempahan. Tarikh kursus terdekat 8hb Jun dan 15hb Jun 2008

Berikut adalah perincian mengenai KURSUS MEMBORONG KE CHINA


Bab 1- Pengenalan Negara China

• Kenapa China?
• Apa kelebihannya ?
• Destinasi Kita- Peta dan Kedudukan.
• Graf dan perbandingan Matawang
• Taburan Hujan dan cuaca
• Soket Elektrik
• Jenis-jenis wang kertas


Bab 2 - Urusan Paspot dan Visa
• Bagaimana membuat Paspot
• Bagaimana buat visa- direct atau guna agent
• Alamat penting untuk dihubungi


Bab 3 - Tiket Penerbangan
• Perbandingan harga tiket.
• Bagaimana dan bila untuk membeli tiket murah.
• Laluan-laluan utama dan kelebihannya – Macau, HK, Shenzhen, Zhuhai, Guangzhou
• Bagaimana menempah tiket online.
• Bagaimana untuk sampai ke hotel dari tempat2 laluan tersebut. Bas, keretapi atau ferry.


Bab 4 - Pada Hari Bertolak dan Tiba di China
• Checklist Perkara-perkara perlu
• Contoh Bajet Harga Murah
• Contoh Bajet Harga TInggi
• Perkara-perkara wajib.
• Bila waktu sesuai dalam setahun untuk pergi ke China.
• Alamat-alamat penting.
• Orang kecemasan yang boleh dihubungi pada bila-bila masa dengan menyatakan nama saya.


Bab 5 – Penginapan
• Dimana tempat yang MURAH dan patut ?
• Dimana tempat yang selamat ?
• Hotel mana yang menerima orang asing ?(kebanyakkan hotel tak terima orang asing)
• Benda yang harus kita berjaga-jaga.




Bab 6 - Restoran, Makanan dan Minuman
• Senarai restaurant Muslim serta alamat untuk pemandu teksi
• Panduan Flash card Menu makanan
• Restaurant Elit yang MESTI dicuba.
• Makanan Uighur dan Qin Hai Muslim
• Adab makan Cina



Bab 7 - Pengangkutan Tempatan
• Pengangkutan yang sesuai
• Teksi dan bagaimana berkomunikasi dengan mudah
• Harga Meter Teksi
• Penipuan-penipuan teksi
• Metro – bagaimana proses dan harga
• Map Metro di Hong Kong, Shenzhen dan Guangzhou


Bab 8 - Persediaan Tambahan
• Bagaimana cara membuka bank akaun di China.
• Bagaimana keluarkan duit dari bank Malaysia atau kad kredit
• Bagaimana mendapatkan sim-card
• Berapa charge call in dan call out, tempatan dan juga ke wilayah lain.
• Berapa charge call dari Malaysia dan ke Malaysia.
• Peringatan Mengenai DUIT PALSU
• Cara mengenali – Praktikal dengan Duit Palsu sebenar.
• Tandas di China, dan masalah-masalah yg dihadapi
• Cara merancang untuk membuang air besar.


Bab 9 - Membeli-belah dan Memborong
• Flash Card - Senarai plaza-plaza borong di China (tak habis pusing semua jika tinggal 2 minggu. )
• Bagaimana menjalankan proses perniagaan.
• Bagaimana mengangkut ke gudang unt ke laut atau agen shipping udara


Bab 10 - Contoh Produk-produk
• Pelbagai contoh produk berpotensi tinggi
• Produk masa depan yang belum memasuki pasaran Malaysia.
• Bandingan harga borong dan harga jual produk-produk ini.


Bab 11 - Pengangkutan Barang ke Malaysia
• Pengangkutan udara- dimana agen, harga penghantaran.
• Pengangkutan laut- dimana gudang dan kos per cbm. Gudang di Malaysia dan tempoh barang sampai ke Malaysia.


Bab 12 - Penghantaran Duit dari Malaysia ke Pembekal
• Perbandingan cara penghantaran serta cos, western union, TT, Hyundi atau Hawala
• Apa kelebihan dan kelemahan yang wujud


Bab 13 - Pameran Perniagaan
• Pameran-pameran perniagaan yang ada, pameran mana yg kita MESTI pergi ?
• Perincian Canton Fair.
• Cara mendapat surat jemputan dari penganjur.
• Kelebihan-kelebihan dan suasana pameran dan cara berurusan.


Bab 14 - Mencari Pembekal Melalui Website B2b
• Website B2b yang ada dan boleh dipercayai
• Apa itu trustpass dan gold supplier
• Bagaimana berurusan dan membuat bayaran.
• Nasihat-nasihat berkenaan hal ini.


Bab 15 - Tempat-tempat Bersejarah Islam
• Masjid Huaisheng
• Makam Abi Waqqas



Sijil akan dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Selain dari itu juga, peserta akan diberikan beberapa bonus untuk memudahkan pencarian pembekal yang tulen. Peserta juga diberikan diskaun untuk mengikuti rombongan perniagaan ke China.

Sila Hubungi 017 2517515 atau email untuk membuat tempahan. Tarikh kursus terdekat 8hb Jun dan 15hb Jun 2008

Tempat Kursus : Bilik KASBAH 7, Tingkat 2, Quality Hotel, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur



Jika berminat, sila hubungi 017 2517515 atau email
Harga : RM 400
Penyertaan Terhad untuk mengekalkan kualiti kursus.