Seperti yang kita tahu, setakat ini sudah berapa ramai yang dah tertipu dengan skim-skim cepat kaya dan ini termasuklah MLM (Multi-Level Marketing) yang bagi penulis juga satu skim penipuan berlesen. Jika kita ambil dalam 100 orang tentu 90 orang dari situ sudah tertipu atau kehilangan duit yang dilaburkan.
Tapi tak mengapa, orang Malaysia orang yang baik. Suka menderma dengan cara membiarkan diri sendiri ditipu oleh orang.
Selain dari itu, kita juga boleh tengok orang menipu dengan mengadakan kursus-kursus. Kursus bela itu bela ini, tapi orang yang mengajar sendiri tak tahu nak pasarkan benda yang dibela itu di mana. Akhirnya tukang buat kursus itu yang kaya dengan dengan yuran kursus dan juga duit jual benih.
Tapi tak mengapa, orang Malaysia orang yang baik. Suka menderma dengan cara membiarkan diri sendiri ditipu oleh orang.
Penipuan yang paling mudah adalah penipuan melalui bidang perubatan. Dalam bidang perubatan, bila kita pergi jumpa seorang bomoh untuk berubat, kita bayar dia RM 100. Kalau tak sembuh, kita sendiri beri alasan pada diri sendiri, "bomoh ini mungkin tak rasi bagi aku". So cari la bomoh lain pula. Kena tipu lagi.
Bagi bomoh-bomoh ini pula, senang saja. Tunjuk satu dua trick magic skit, terus orang percaya. "Apa saja aku sanggup bagi". Ini kalau bomoh yang tahu trick magic, kalau bomoh yang taktau trick magic lagi mudah caranya. Dia ambil air biasa satu mangkuk, dia celup tangan dia dalam air, kemudiannya sapu air tu kat dahi dan tekak kita. Pastu dia akan tanya kita "rasa sejuk sikit tak sekarang ". Kita pun dengan mata terbeliak "sejuk gak ustad".
Memang la sejuk bro, takyah dia letak... ko suruh pak guard bangla letak air camtu pun rasa sejuk gak.
Tapi tak mengapa, orang Malaysia orang yang baik. Suka menderma dengan cara membiarkan diri sendiri ditipu oleh orang.
Kalinie kita tengok video penipuan "Prof. Sir Ustaz Arief" dari Cakra Alam ini. (Tahun bila dia dapat Sir pun kita tak tahu).
Video ini dalam bahasa Korea, walaupun tak faham kita boleh faham macam mana orang ditipu oleh mamat ni. Selain itu, sila juga tengok website mamat nie kat http://www.cakraalam.com
Video ini dalam bahasa Korea, walaupun tak faham kita boleh faham macam mana orang ditipu oleh mamat ni. Selain itu, sila juga tengok website mamat nie kat http://www.cakraalam.com
Jangan lupa, tengok juga gallery gambar dia yang ada 'kad-kad pembesar negara' dan keratan-keratan akhbar. Moga-moga kita lebih berhati-hati dengan scam macam ini di masa depan.
Tapi tak mengapa, orang Malaysia orang yang baik. Suka menderma dengan cara membiarkan diri sendiri ditipu oleh orang.
No comments:
Post a Comment